Apa Beza Landing Page Dengan Website?

Shares

Ini merupakan Siri Tanya #SifuWeb. Saya sering mendapat soalan melalui WhatsApp dari students saya atau para pembaca blog saya dan bagi manfaat untuk semua pembaca Sifu Web, saya kumpulkan soalan-soalan ini dan soalan popular saya akan menjawab melalui video atau blog tutorial. 

Soalan minggu ini

Apakah Perbezaan Di Antara Landing Page Dengan Website?

​Sebenarnya terdapat perbezaan ketara anda landing page dan website. Saya akan ceritakan kesemuanya di dalam video ini. 

Dalam video ini saya akan terangkan konsep Landing Page dan Website serta memberikan contoh perbezaan Website dan Landing Page menggunakan Maybank dan HSBC.​ Anda boleh tonton di bawah. Klik untuk tonton.

Secara ringkasnya

  • Landing page selalu mempunyai matlamat khusus untuk dicapai. Manakala website sering dibina untuk memaparkan maklumat tentang produk atau syarikat tanpa objektif khusus selain daripada branding.
  • Landing page sering digunakan dengan iklan berbayar seperti FB Ads dan Google AdWords. Iklan ini akan membawa prospek kepada landing page. Manakalah website boleh menggunakan iklan berbayar tetapi tidak begitu efektif berbanding dengan landing page di mana ia mempunyai objektif khusus seperti mendapatkan emel prospek atau menjual produk.
  • Website bagaikan one stop portal untuk sesebuah perniagaan. Semua maklumat tentang syarikat akan dimasukkan didalam website. Contoh seperti Tentang Kami, Produk/Servis kami, Lokasi Ejen, Lokasi Syarikat, Blog dan sebagainya. Manakala Landing Page tidak mempunyai navigasi (selalunya), dan mempunyai satu objektif sahaja dalam Page tersebut iaitu menerangkan tentang satu produk atau servis sahaja. tiada lagi maklumat atau banner di mana-mana.

Jika anda ada soalan, boleh emel saya di ganee@sifuweb.my ataupun tinggalkan soalan anda di bahagian Komen di bawah. InsyaAllah saya akan cuba membantu.

About the Author Sifu Web Ganee

Berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam dunia web dan kini mengajar para pelajar tentang cara membina landing page dan website untuk perniagaan mereka.

follow me on: