Tutorial Cara Membeli Hosting Dengan Dreamhost

Shares

Antara komponen penting dalam membina website ialah dengan membeli hosting dari servis provider yang berkualiti.

​Untuk mengetahui cara membeli domain dengan mudah, anda boleh merujuk kepada blog post ini.

Hosting adalah server yang akan 'host' file website anda dan disambungkan kepada jaringan Internet. Maksudnya, jika sesorang menaip domain website anda, yang dicapai dan dipaparkan di browser dia adalah files website anda.

Kenapa Saya Pilih Hosting Dari Dreamhost?


Dreamhost adalah salah satu daripada ribuan provider hosting di dunia ini. Kenapa saya pilih Dreamhost? Saya telah menggunakan Dreamhost sejak 2012 dan servis hosting agak baik. Dreamhost merupakan sebuah syarikat hosting yang berada di US. Baru-baru ini banyak upgrade telah dilakukan termasuk customer service.

Ciri-ciri Penting

Antara poin penting dalam memilih syarikat hosting ialah melihat cara "customer service" melayan kita. Sebab perkara ini adalah penting apabila website kita down atau di hack, kita perlukan bantuan daripada bahagian teknikal untuk bertindak pantas. Dan setelah beberapa insiden hacking dan isu backup, saya berpuas hati dengan servis Dreamhost. Oleh itu saya berani untuk rekomen mereka.

Unlimited Domain

Selain itu saya suka dengan konsep domain dan website yang tiada had. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, "unlimited domain". Saya boleh ada 100 domain dan saya hanya bayar harga sama. Ini membolehkan saya membina website dan landing page dengan mudah tanpa perlu risau tentang kuota.​

Unlimited Bandwith

Selain itu, bandwidth pun "unlimited', tapi kalau trafik dah tinggi sangat macam site "Mashable" atau "Amanz", pasti dia akan suruh upgrade. Tapi untuk permulaan ini dah kira terbaik. 

Untuk mengetahui cara membeli hosting daripada Dreamhost, anda boleh tonton video step by step di bawah ini.​ Anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak USD 25 jika anda klik butang di bawah.

​Jika anda ada sebarang soalan, sila tinggalkan komen anda dibawah dan jangan lupa follow YouTube channel Sifu Web. Semua soalan akan dijawab.


About the Author Sifu Web Ganee

Berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam dunia web dan kini mengajar para pelajar tentang cara membina landing page dan website untuk perniagaan mereka.

follow me on: