cara mendaftar domain .com.my atau .my

Cara Mendaftar Domain .com.my Atau .my

Shares

Berikut adalah tutorial cara step by step untuk mendaftar domain .com.my atau .my untuk perniagaan anda. Tutorial video adalah mudah diikuti walaupun anda tiada basic IT.

Nama domain yang terbaik adalah yang senang diingat dan berdasarkan nama syarikat atau branding produk anda. Ini kerana dalam carian Google, nama domain adalah salah satu kriteria SEO. Domain yang sama dengan carian Google akan lebih senang ranking di dalam Google. (Ia tidak bermakna ia adalah amat penting, tetapi salah satu kriteria dalam algorithm SEO Google)

Perbezaan mendaftar domain .com.my dengan .com?

Domain .com.my atau .my melambangkan bahawa perniagaan anda berpusat dari Malaysia. Tidak ada sebarang perbezaan samada domain .com.my dengan .com, cuma .com lebih popular dan senang diingat, serta lebih dipercayai jika anda menjalankan perniagaan luar daripada Malaysia.

Jika anda ingin mendaftar domain .com sahaja, boleh layari artikel ini - Cara Daftar Domain .com

Apakah Yang Anda Akan Belajar Dalam Video Ini? 

  • Apakah itu mynic.my? 
  • Cara mencari reseller domain
  • Cara membeli domain dengan hosting - www.sifuweb.my/serverfreak
  • Cara nak beli domain yang sudah di daftarkan
  • Cara membeli domain dengan ServerFreak
  • Dokumentasi yang terlibat dalam proses membeli domain .com.my atau .my
  • Cara pembayaran untuk domain melalui kad kredit atau bank-in
  • Proses approval daripada MyNic selepas pembelian

Sila tonton video di bawah dan SHARE melalui platform media sosial anda.

About the Author Sifu Web Ganee

Berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam dunia web dan kini mengajar para pelajar tentang cara membina landing page dan website untuk perniagaan mereka.

follow me on: