Cara Mendaftar Domain .com

Shares

Belajar cara mudah untuk mendaftar domain .com

Ingin membeli nama domain untuk perniagaan anda? Domain .com sering di beli kerana ia senang di ingat dan juga memaparkan branding perniagaan anda sebagai perniagaan international.

Contoh Analogi Tentang Domain, Hosting dan DNS

Saya akan cuba memberi sebuah anolog supaya anda mudah faham dengan konsep ini.

  • domain adalah alamat rumah
  • hosting adalah rumah fizikal anda.
  • DNS di sini lebih kurang macam yellow pages atau direktori.

Apabila kita type alamat domain di browser (contoh - www.sifuweb.my), browser akan bertanya kepada DNS, "Hey alamat ini kat mana?". DNS pun akan reply, "Ohh alamat ini kat 192.184.9.2", itu bahasa dia dengan browser. Maka browser pun akan ke membawa anda kepada rumah tersebut ialah tempat hosting. Kemudian browser pun akan paparkan kandungan hosting iaitu website www.sifuweb.my. 

Harap-harap dapat faham dengan konsep itu, kalau tak faham, komen kat bawah, saya buat video.​

Bagaimana untuk membeli .com? Tonton video "step by step" bagaimana anda boleh membeli domain .com dengan mudah. Saya cadangkan anda membeli domain dari Namecheap kerana murah dan khidmat pelanggan mereka "world class".

Bahagian 1 - Video Tutorial Cara Daftar Domain .com

Semua domain kecuali .com.my dan .my saya beli dari Namecheap. Saya hanya akan cadangkan apa yang saya telah gunakan sebelum ini dan perkhidmatan yang saya puas hati. Untuk memulakan pembelian anda, klik banner di bawah ini.

Namecheap - daftar domain .com

Bahagian 2 - Video Tutorial Cara Daftar Domain .com

Bahagian 2 akan menerangkan cara kemaskini DNS (Domain Name Server) setelah anda membeli domain dari Namecheap. Video di bawah adalah contoh bagaimana anda boleh domain dari satu pihak lain dan hosting daripada syarikat lain. Anda tidak perlu membeli domain dan hosting dari syarikat yang sama.

Domain adalah alamat website and dan hosting merupakan tempat dimana laman web anda akan berada untuk diakses dari Internet.

About the Author Sifu Web Ganee

Berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam dunia web dan kini mengajar para pelajar tentang cara membina landing page dan website untuk perniagaan mereka.

follow me on: