Ingin Automasikan Perniagaan Anda Dan Tingkatkan Sales 100%

(Semua ini sambil anda tidur, lepak dan makan!)

Boleh ke? Pasti Boleh! Bagaimana?

DENGAN STRATEGI AUTOMASI WEB !

Dari: Sifu Web Ganee <ganee@sifuweb.my>
Kuala Lumpur.

​Strategi Automasi Web Terkini

Assamualaikum,


Anda telah sampai ke sini pasti dengan satu matlamat, iaitu ingin melonjakkan sales melalui sistem automasi web. Saya ucapkan tahniah kepada anda kerana ingin mempelajari ilmu ini untuk mengubah perniagaan anda.

Jarang sekali peniaga online ingin keluar dari 'comfort zone'. Jika anda ingin mempelajari cara menjual melalui web, ingin belajar bagaimana membina landing page/ministe dengan mudah atau ingin belajar cara membina database pelanggan, anda telah sampai kepada destinasi yang betul. 

Baik, tanpa membuang masa, berikut adalah strategi pemasaran online yang saya sendiri serta ribuan peniaga online lain telah gunakan untuk melonjakkan sales lebih 100%! PERCUMA bagi anda. Silakan terus membaca...

Terima kasih,

Ganee

www.sifuweb.my

STRATEGI PERTAMA: REPEAT SALES

Pernah tak anda melihat perniagaan yang mulanya biasa-biasa aje, tiba-tiba sales melonjak BERJUTA-JUTA? Apakah rahsia perniagaan tersebut? 

Pernah tak anda mendengar statistik iaitu 90% perniagaan yang baru bermula akan tutup dalam setahun? Kenapa 10% perniagaan berjaya gila-gila dan 90% tutup?​

FAKTA: SEMUA PERNIAGAAN MEMERLUKAN REPEAT SALES! 

Kos untuk mendapatkan pelanggan pertama adalah amat tinggi kerana terlibat dengan kos pemasaran, kos mendapatkan kepercayaan dan pelbagai kos lain. Jika semua perniagaan hanya harap dengan Facebook Ads untuk mendapatkan pelanggan pertama mereka dan tak pernah ada repeat sales, alamatnya perniagaan itu akan termasuk dalam statistik 90%. 

Dengan repeat sales daripada customer lama, sekaligus mengurangkan kos pengiklanan dan dapat meningkatkan sales serta profit! Kenapa? Sebab customer dah kenal kita, produk kita, perniagaan dan kepercayaan dah dibina. Selalunya untuk kali kedua dan ke atas, customer akan beli lebih daripada 1 produk. Kos turun dan sales naik!​ Repeat Sales disini juga tidak hanya terhad kepada pelanggan lama, tetapi Repeat Sales boleh dijana apabila pelanggan lama introduce pelanggan baru kepada anda. Referral! Repeat Sales juga bermakna pelanggan lama anda membeli produk keluaran baru atau produk lain daripada anda. Kesimpulan, satu pelanggan dapat menjana pelbagai jenis sales.

Cuma ada satu masalah, selalunya pelanggan yang beli sering lupa atau sibuk dengan kehidupan mereka untuk kembali untuk membeli. Bagaimana kita boleh atas masalah ini?​ Boleh, baca strategi seterusnya...

STRATEGI KEDUA: DATABASE

​Antara strategi perniagaan yang berjaya ialah dengan mengautomasikan sebahagian besar proses-proses dalam perniagaan. Sebelum ini anda telah belajar repeat sales adalah rahsia perniagaan, tetapi masalahnya seperti anda dan saya, kita sering sibuk dengan kerja, bisnes dan keluarga. 

Jika diperhatikan, kebanyakkan brand gergasi selalu menjalankan iklan seperti McDonalds dan Coke walaupun semua orang dah kenal brand ini. Kenapa? Dalam dunia 'information overload', manusia mudah hilang fokus dan perlu sentiasa menjalankan iklan supaya pelanggan teringat dan lekat di subconscious memory tentang brand tersebut. Pernah tak sewaktu tengahhari, anda lapar tetapi tak tahu nak makan apa, sedang lalu highway ternampak iklan KFC. Apa lagi? Terus pusing ke KFC kan? Tetapi ini memakan kos yang tinggi. Ada solusi yang lebih baik? 

Di sini pentingnya DATABASE. Kalau anda dah ada database, anda boleh hubungi pelanggan anda dengan MUDAH, MURAH dan CEPAT. Dengan teknologi Emel, SMS dan WhatsApp, anda boleh memaklumkan kepada semua pelanggan anda tentang promosi atau produk terbaru anda dengan kos yang amat rendah. 

Bukan sebarang database, database yang berkualiti. Agak-agaknya bagaimana perniagaan yang income berjuta ringgit itu mendapatkan database? Letihlah kalau nak key in satu-satu kan? Rahsianya adalah AUTOMASI. Database masuk dengan sendiri. Anda hanya perlu klik blast untuk promote produk anda serta mengingatkan mereka tentang branding perniagaan/produk anda.

Setelah mendapatkan database, anda harus membina siri automasi emel untuk menyakinkan prospek/pelanggan tentang perniagaan dan produk anda. Tidak boleh terus menjual! Di sini kesilapan berlaku selalu, terus nak jual. Sapa suka? Bina trust dulu. Anda harus belajar cara 5 langkah proses hantar emel dan WhatsApp, supaya prospek yakin dengan anda dan terus membeli tanpa banyak soal jawab.

Tetapi masalahnya di sini, kebanyakkan peniaga online kini mendapatkan database ialah melalui WhatsApp atau PM Facebook. Hmm.. letihkan nak masukkan dalam phone. Dah masuk tu.. macam mana nak tahu mana satu kita dah broadcast? Ada cara mudah nak automasi ini ke? ADA! Baca seterusnya...

STRATEGI KETIGA: LANDING PAGE

Perhatikan sekarang, ramai peniaga online hanya fokus kepada Facebook. Sales hanya berlaku apabila prospek baca post dalam Facebook dan selalunya peniaga akan akhiri iklan dalam post Facebook dengan "Sila WhatsApp..." or "Sila PM...". Kedua-dua cara ini memerlukan satu, dua atau lebih pekerja untuk jawab semua soalan yang bakal diterima melalui WhatsApp atau PM Facebook.

Kalau tak mampu nak upah orang jawab WhatsApp, terpaksalah bersengkang mata jawab WhatsApp dan PM. Prospek pula kini, kalau tak jawab dengan cepat, dia akan cari stokis lain. Takkan pukul 2 pagi nak jawab lagi WhatsApp? Bagaimana untuk selesaikan masalah ini?

Rahsianya - Dengan adanya LANDING PAGE! Inilah rahsia automasi untuk melonjakkan sales lebih 100%! Dengan adanya Landing Page ataupun minisite, ia akan BEKERJA untuk ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU.

Landing Page berfungsi sebagai minisite yang akan memaparkan semua maklumat tentang produk atau servis anda. Dari Landing Page, anda akan dapat menjual dengan teknik copywriting yang betul tanpa perlu WhatsApp atau PM. Prospek yang berkualiti akan tertarik dengan produk anda dan terus menekan butang "BELI". Anda dapat menjana sales 24 jam sehari tanpa sebarang masalah.

Yang paling best adalah, samada prospek menjadi pelanggan atau tidak, anda kini ada peluang untuk membina database dengan mudah dan percuma. Sebelum prospek meninggalkan landing page, anda boleh membuat 'counter offer' untuk mendapatkan NAMA, NO WHATSAPP dan ALAMAT EMEL.

Tiga maklumat ini amat penting dalam membina REPEAT SALES yang anda tidak akan dapat jika hanya fokus kepada Facebook. Setelah anda mendapatkan maklumat ini, landing page anda boleh trigger sistem automasi email dan menghantar 5 atau 7 siri emel untuk menyakinkan prospek tentang perniagaan dan produk anda. Disinilah dinamakan automasi dan perkara sama boleh dibuat dengan WhatsApp.

APAKAH MANFAAT YANG SAYA AKAN PEROLEHI DENGAN LANDING PAGE?
  • Bina DATABASE dengan mudah dan secara AUTOMATIK. Anda boleh mendapatkan maklumat prospek seperti Nama, Emel dan No WhatsApp dengan mudah. Setelah itu anda boleh menyakinkan prospek anda itu dengan SISTEM EMEL dengan STRATEGI 5 LANGKAH. Semua ini secara automatik!
  • Paparkan segala maklumat tentang produk anda tanpa perlu WhatsApp benda sama berulang-ulang kali. Seringkali prospek hanya ingin menguji tanpa niat membeli, oleh itu kita tidak perlu buang masa. Apa yang penting ialah kita perlu dapatkan PROSPEK yang BERKUALITI. Jika mereka ingin membeli, pasti mereka akan baca dan beli melalui Landing Page. 
  • Keupayaan untuk mencapai prospek yang lebih luas dan serata dunia. Cuba bayangkan, terdapat 7 billion manusia dalam planet ini dan dapat menjual 24 jam sehari walaupun pelanggan anda berada di zon masa berlainan.
  • Bina kredibiliti produk dan branding anda dengan mempunyai nama domain. Lebih profesional untuk gunakan nama domain dalam pengiklanan.
  • Tak perlu risau kalau Facebook tutup atau ban akaun anda, dengan ada Landing Page tiada siapa boleh tutup domain anda.

Kini anda sudah memahami konsep AUTOMASI WEB dan pentingnya membina LANDING PAGE untuk LONJAKKAN SALES anda!

Adakah Anda Ingin Belajar Cara Mudah Membina Landing Page

(Hanya perlu tahu guna mouse sahaja...)

BERITA BAIK!
KELAS LANDING PAGE POWER INTENSIF KINI DI BUKA!

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

Cara Daftar Nama Domain

Anda akan diajar bagaimana untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan nama perniagaan anda. Anda akan diajar cara membeli nama domain .com, .com.my dan .my.

Cara Memilih Dan Membeli Hosting

Anda akan diajar bagaimana untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan nama perniagaan anda. Anda akan diajar cara membeli nama domain .com, .com.my dan .my.

Cara Setting Domain Name Server (DNS)

Nama domain dan hosting adalah 2 perkara berbeza. Di sini anda akan diajar cara terbaik dan termurah untuk memilih domain dan hosting serta menghubungkan kedua-duanya melalui setting DNS. Tonton video ini. (Percuma)

Cara Install WordPress Dengan Satu Klik

Untuk install WordPress adalah amat mudah dan pantas. Hanya satu klik. Anda akan diajar cara install mudah ini serta konfigurasi setup untuk memudahkan kerja seterusnya.

Konsep Landing Page

Apakah itu Landing Page? Apa beza dengan website? Terdapat perbezaan ketara, dan di sini anda akan diberikan maklumat lengkap serta contoh perbezaan ini.

Belajar Install Plugin

Anda akan belajar cara install plugin yang bersesuaian untuk membina Landing Page Anda. Salah satu plugin adalah Content Builder yang akan membolehkan anda bina Landing Page dengan mudah!

Psikologi Membeli Melalui Web

Cara prospek membeli melalui online adalah berbeza dengan membeli dari WhatsApp atau Facebook. Anda akan diajar tentang strategi yang boleh meyakinkan prospek bahawa anda 'real' dan boleh dipercayai.

Belajar Bina Wireframe Landing Page

​Anda akan diajar konsep wireframe. Konsep ini sering digunakan sebelum membina Landing Page, supaya anda boleh 'visualize' end result anda sebelum mula membina. 

Teknik Copywriting Untuk Membina Headline

Anda akan belajar cara membina headline yang menarik perhatian prospek untuk terus membaca. Juga bagaimana anda akan menggunakan teknik copywriting untuk menangkap perhatian prospek yang suka scroll dengan laju. Teknik terkini tentang cara membawa mata prospek kepada butang beli.

Dapatkan Copywriting Untuk Sales Dan Lead

Terdapat 2 matlamat dalam membina Landing Page iaitu untuk tujuan sales atau lead generation. Kedua ini mempunyai teknik copywriting yang berbeza. Anda akan belajar kedua teknik ini.

Belajar Strategi Landing Page

Terdapat 2 strategi penting dalam membina landing page. Iaitu strategi Sales dan strategi menarik database. Kedua ini mempunyai struktur berbeza apabila anda mula membina Landing Page.

Belajar Bina Landing Page Cara Drag n Drop

Anda akan pelajari cara mudah membina Landing Page. Akan dimulaikan dengan template yang bersesuaian dan anda dapat membina dengan pantas Landing Page yang bersesuaian dengan objektif anda. Semua ini tanpa sebarang coding. Guna mouse aje.

Belajar Strategi Landing Page Conversion Tinggi

Anda akan belajar strategi disebalik membina komponen dalam Landing Page. Kenapa perlu heading dan sub heading, bagaimana hendak membawa prospek terus membaca, bila perlunya menggunakan video dan banyak lagi.

Strategi Grafik Untuk Menarik Perhatian

Anda akan belajar bagaimana grafik memainkan peranan penting dalam Landing Page dan bagaimana anda boleh mendapatkan grafik secara percuma. Anda akan belajar cara masukkan ikon, gambar produk anda, gambar testimoni dengan teks. Hanya drag n drop.

Belajar Design Grafik Menarik Dengan Tool Percuma

Anda akan belajar cara menggunakan tool percuma untuk menjana grafik. Grafik yang dijana boleh digunakan dalam Landing Page dan juga dalam Facebook. Percuma dan senang digunakan!

Belajar Cara Membina Borang Online

Anda akan belajar cara membina borang online untuk mendapatkan pesanan, borang permohonan menjadi stokis atau borang pendaftaran dan sebagainya dengan tool percuma dan mudah. Jika ada sebarang pesanan anda akan dapat notifikasi emel! Mudah sungguh, saya pun guna tools ini. 

Belajar Bagaimana Untuk Dapatkan Nama, Emel dan Nombor WhatsApp Prospek

Komponen paling penting dalam mengautomasikan perniagaan anda. Setelah anda membina Landing Page, anda akan belajar cara membina Lead Magnet. Apakah Lead Magnet yang paling sesuai dengan audience anda? Apakah yang mereka minat? Semua ini akan dikaji dan dibincangkan.

Belajar Cara Bina Pop Up Untuk Lead Magnet

Pernah anda lawati website dan sebelum anda ingin tinggalkan website tersebut, tiba-tiba keluar pop up besar dan menawarkan sesuatu yang anda tidak boleh tolak? Seterusnya anda key in nama dan emel anda? Kita akan belajar cara membuat perkara sama untuk perniagaan anda.

Belajar Cara Setup Email Marketing Engine

Anda akan belajar cara setup email marketing engine. Anda akan gunakan enjin emel ini untuk menghantar beberapa siri email kepada prospek anda secara automatik. Saya akan ajarkan kepada anda teknik menarik prospek melalui emel untuk bertukar menjadi pelanggan.

Belajar Tip Rahsia Untuk Mendapatkan Data Prospek

Selain daripada Pop Up, terdapat 5 jenis teknik rahsia yang dapat menarik perhatian prospek kepada Lead Magnet anda. Dengan teknik ini, prospek TERPAKSA memberikan data mereka kepada anda.

Belajar Cara Membaca Statistik Lead Magnet

Setelah membina Landing Page dan Lead Magnet, anda harus kaji statistik untuk melihat keberkesanan teknik anda. Anda akan belajar cara melihat statistik daripada dashboard WordPress dan membuat perubahan bila perlu.

[BONUS] Teknik Berhantu Pixel Facebook

Prospek tidak boleh lari daripada anda. Setelah mereka melawati Landing Page anda, anda boleh menghantui mereka di Facebook. Bagaimana? Dengan teknik pixel berhantu. Anda akan belajar cara memasukkan pixel ini dalam Landing Page dan setup untuk retargeting.

[BONUS] Teknik Urus Database Secara Automatik

Anda akan belajar cara menghubungkan Landing Page anda kepada engin pemasaran emel. Dengan teknik automasi ini, semua prospek akan terus masuk kepada sistem emel. Daripada sistem emel, dan juga boleh mendapatkan nombor WhatsApp secara automatik kepada Google Contact. Menarik bukan?

[BONUS] Cara Hubungkan Kepada Paypal

Setelah membina Landing Page, jika anda ingin mendapatkan transaksi secara online, anda boleh menggunakan Paypal atau pelbagai jenis sistem pembayaran online. Anda akan belajar cara embed atau link kepada sistem-sistem pembayaran ini daripada Landing Page anda.

CARA AUTOMASIKAN LANDING PAGE

Dan yang paling penting adalah menghubungkan keseluruhan Landing Page dengan Lead Magnet, Enjin Pemasaran Emel dan Engin Database supaya anda dapat mengautomasikan keseluruhan bisnes secara online. Supaya anda dapat tidur, lepak dan makan sambil melihat sales anda meningkat 100%!

Apa yang anda akan belajar adalah semua teknik terbaru 2016 dan belum pernah saya ajarkan lagi. Ini merupakan kelas intensif praktikal dalam membina Landing Page.

TENTANG SIFU WEB GANEE

​Sifu Web Ganee berpengalaman selama 15 tahun dalam dunia online dan web. Bermula sebagai seorang programmer web di Lelong.com.my dan berpengalaman bekerja di Astro, Dialog, World Scout Bureau sebagai Pengurus Online dan Web.

Seterusnya membuka syarikat web development sendiri dan di antara klien adalah Maybank, Green Packet, Mydin, Mofaz, FatBoys Records, Astro, Restoran Serai dan banyak lagi.

Pernah berkerjasama dengan Google dengan mengajar lebih 200 orang dalam bidang e-commerce di Malaysia dan Indonesia. Juga sering dijemput berucap tentang Pemasaran Online dan Web. Dalam pengalaman kerja, Sifu Web Ganee terlibat dalam membina beratus website daripada landing page hingga ke sistem pengurusan inventori yang bernilai RM 2 juta.

Kini Sifu Web Ganee ingin berkongsi pengalamannya dalam membina website dan landing page yang efektif dengan semua peniaga online supaya mereka dapat membina platform mereka sendiri dan melonjakkan perniagaan mereka melalui Internet.

APA KATA PELAJAR SIFU WEB?

Mohammad Afiq
Souka Bake Cafe

Kami tiada kepakaran dalam bidang bina website. Tak tahu cara nak update benda simple dalam website seperti order form. Dengan bantuan Sifu Web Ganee, beliau membantu kami dalam selesaikan masalah kritikal dalam mencapai pelanggan kami melalui website dengan mudah.

Setelah kami membuat perubahan dalam website, pesanan dan pertanyaan melalui website semakin meningkat. Setelah bekerjasama dengan Sifu Web Ganee, saya amat syorkan jika anda ingin belajar tentang website, belajar dengan dia.

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

Anda Akan Berjaya Bina Landing Page Sendiri Sebelum Anda Pulang Daripada Kelas. Belajar Direct Dengan Saya, Bukan Krew. (RM 1099)

Workbook Kursus Landing Page (RM 49)

Facebook Support Group. Tiada Had Keahlian. (RM 599 setahun)

1x Follow Up Kelas Samada Melalui Face To Face Atau Webinar. (RM 500)

Kemasukan Percuma Ke Dalam Kelab 404 Sifu Web. Kelab Ini Khusus Untuk Student Advance Kelas Sahaja. Semua Ahli Mendapat Kelas Tambahan Lain, Newsletter Khas, Artikel Khas Seperti Facebook Ads & Sistem Funnel, Sesi Report Card, Sesi Bersama Usahawan Berjaya Dan Sesi 1 On 1 Coaching. (RM 3,999 Setahun)

Jumlah Keseluruhan ialah RM 6,246. Tetapi untuk anda, khas sehingga waktu yang ditetapkan di bawah,
RM 6,246
RM 350 sahaja

This is a page section

KENAPA MURAH SANGAT?

Sebab ini merupakan Kelas Landing Page yang terakhir secara standalone. Selepas ini, tiada kelas Landing Page sebegini. Akan diserapkan dalam program Funnel Mastery System saya JAMIN akan berharga lebih tinggi dan anda perlu ikut sistem keseluruhan sebelum dapat sampai ke Landing Page!

Kenapa buat macam ini? Sebab apabila saya jalankan kelas sebelum ini, rata-rata saya lihat terdapat beberapa ilmu yang perlu dipelajari sebelum sampai tahap ini. Oleh itu tiada kelas intensif selepas ini, tetapi kelas mengikut struktur silabus. Contoh, anda akan belajar konsep design dan baru konsep landing page.

Ini merupakan peluang terakhir untuk mendapatkan serendah harga ini.

Oleh kerena ini merupakan kelas intensif, hanya 20 tempat sahaja telah sediakan. Siapa cepat dia dapat. Selalunya tempat akan habis sebelum waktu tamat tempoh pendaftaran.

Hanya RM 350 sahaja

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

TARIKH: Akan DiUmumkan

MASA: Akan Diumumkan

​LOKASI: Akan DiUmumkan